Polis siasat video tular anggota trafik peras ugut, terima rasuah ketika sekatan

22 Nov 2026 • 9:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis siasat video tular anggota trafik peras ugut, terima rasuah ketika sekatan
Gambar tular di media sosial yang mendakwa anggota polis trafik melakukan peras ugut dan menerima rasuah ketika menjalankan sekatan jalan raya.

GEORGE TOWN - Polis menerima satu laporan berhubung hantaran tular di media sosial yang mendakwa anggota polis trafik melakukan peras ugut dan menerima rasuah ketika menjalankan sekatan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya mengesan hantaran berkenaan hari ini dan siasatan sedang dijalankan berhubung dakwaan itu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pada masa sama, aspek pematuhan prosedur operasi standard dan tatatertib anggota polis trafik terbabit turut akan dimasukkan dalam skop siasatan,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan hantaran berkenaan atau membuat sebarang spekulasi tidak berasas yang boleh menjejaskan siasatan polis serta mencemarkan imej dan kredibiliti anggota Polis Diraja Malaysia.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial memuat naik hantaran mendakwa diperas ugut oleh anggota polis trafik ketika ditahan dalam satu sekatan jalan raya di kawasan Relau di sini. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved