Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual

14 Jul 2023 • 11:08 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan - Foto 123RF

PETALING JAYA - Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang wanita yang menerima gangguan secara seksual menerusi hantaran tular dimuat naik mangsa pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M Hussin Zolkifly berkata, siasatan mendapati laporan berkaitan kejadian tersebut telah dibuat mangsa pada 2018 lalu.

"Siasatan dijalankan berkaitan dakwaan berkaitan mangsa yang diganggu secara seksual menerusi media sosial Instagram.

"Mangsa memuat naik berkaitan kejadian yang dihadapinya itu menerusi media sosial," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, kes tersebut telah direklasifikasikan semula untuk satu siasatan lanjut dijalankan.

"Kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa juga bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis," katanya.

Pada Khamis, seorang wanita memuat naik hantaran menerusi laman sosial menyatakan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual di Instagram.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved