Polis siasat kes buli libatkan anak Ako Mustapha

LocalPolitics
23 Apr 2026 • 3:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis siasat kes buli libatkan anak Ako Mustapha
Polis buka kertas siasatan berhubung kes buli yang membabitkan anak lelaki kepada pelakon Ako Mustapha yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan berhubung kes buli yang membabitkan anak lelaki kepada pelakon Ako Mustapha yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

"Kes berkenaan kini dalam siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya ringkas pada Khamis.

Terdahulu, media melaporkan anak kepada pelakon berkenaan dipercayai menjadi mangsa buli yang melibatkan pelajar senior serta rakan sekelas.

Mangsa didakwa mengalami kecederaan selepas dipukul selain dipijak pada beberapa bahagian badan dalam kejadian tersebut.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh mangsa kepada bapanya sebelum laporan dibuat kepada pihak sekolah dan seterusnya kepada polis.