Polis siasat laporan anak Ako Mustapha, dakwa dibuli di sekolah

LocalPolitics
22 Apr 2026 • 1:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis mengesahkan menerima laporan anak pelakon Ako Mustapha yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Wangsa Maju.

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan anak pelakon Ako Mustapha yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Wangsa Maju.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes itu.

“Siasatan berhubung kejadian itu masih berjalan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu

Pada Rabu, media melaporkan pelakon, Ako Mustapha mendakwa anak lelakinya, Mika, menjadi mangsa buli.

Menerusi hantaran dimuat naik di Threads, Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, memaklumkan kejadian itu membabitkan lima murid iaitu dua murid senior dan tiga rakan sekelas.

Menurut Ako, kejadian yang menimpa anaknya yang berusia 10 tahun itu hanya disedari selepas Mika pulang dari sekolah dan selesai mandi.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved