Polis siasat kes bunuh, mayat ditemui di Kuala Muda

25 Aug 2026 • 2:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis siasat kes bunuh, mayat ditemui di Kuala Muda

Polis Kuala Muda siasat kes bunuh selepas mayat lelaki 30-an ditemui di Kampung Sungai Division, Sungai Petani. Identiti mangsa masih dalam pengesahan.

SUNGAI PETANI: Penemuan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an di Kampung Sungai Division dekat sini, dua hari lepas, kini disiasat sebagai kes jenayah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu pada 6.55 petang, Ahad lepas.

“Siasatan awal mendapati kematian lelaki terbabit mempunyai unsur jenayah, mayat berkenaan dipercayai baru sahaja meninggal dunia. Nama panggilan mangsa sudah diperoleh namun identiti sebenar mangsa masih dalam proses pengesahan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke balai polis bagi membantu proses pengecaman.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu juga diminta tampil membantu siasatan,” katanya bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved