Mayat lelaki ditemukan terapung 

23 Aug 2026 • 10:48 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat lelaki ditemukan terapung 

BATU PAHAT – Satu mayat lelaki ditemui terapung dalam Tasek Merdeka di Jalan Bukit Pasir di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui pada pukul 6.15 petang oleh seorang pengawal Keselamatan yang sedang membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Katanya, mayat yang dianggarkan sekitar dua atau tiga hari sebelum ditemui itu akan dilakukan proses bedah siasat di Hospital Sultanan Nora Ismail, Batu Pahat pukul 9 pagi hari ini.

“Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga dalam tempoh seminggu ini diharapkan dapat menghubungi mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

“Selain itu, sebarang kenyataan tanpa maklumat sahih adalah dilarang sama sekali kerana mampu menyentuh sensitiviti dan mengganggu siasatan,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sebelum itu, tular dalam dalam media sosial penemuan satu mayat di dalam Tasek Merdeka, Batu Pahat sejak malam tadi sehingga mengundang pelbagai komen daripada orang ramai yang bimbang dengan kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat lelaki ditemukan terapung  appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved