Mayat lelaki di Kampung Sungai Division disyaki dibunuh

25 Aug 2026 • 1:47 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat lelaki di Kampung Sungai Division disyaki dibunuh

SUNGAI PETANI – Penemuan satu mayat lelaki berusia lingkungan 30-an di Kampung Sungai Division, di sini pada Ahad lalu disyaki dibunuh.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat itu kira-kira pukul 6.55 petang.

Katanya, siasatan awal percaya penemuan mayat tersebut mempunyai unsur jenayah.

“Mayat itu dipercayai baru sahaja meninggal dunia ketika dijumpai, namun identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.

“Kita telah memperoleh nama panggilan mangsa tetapi identiti sebenar masih dalam proses pengesahan,” katanya di sini hari ini.

Beliau meminta mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta membantu siasatan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah dijadualkan mengadakan sidang akhbar berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim pada esok. – KOSMO! ONLINE

 

The post Mayat lelaki di Kampung Sungai Division disyaki dibunuh appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved