Polis Siasat Kes Model Rusia Jadi Mangsa Kata-kata Berbaur Luc*h Di Media Sosial

LocalPolitics
9 Nov 2025 • 11:58 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di media sosial tindakan seorang lelaki tempatan yang didakwa mengeluarkan kata-kata lucah kepada seorang wanita Rusia ketika sedang makan di sebuah restoran di Bukit Bintang.

Difahamkan, lelaki berkenaan ketika itu sedang membuat siaran live di media sosial manakala wanita itu pula sedang makan di meja sebelah lelaki tersebut.

image is not available

Susulan video tersebut yang tular, wanita Rusia itu kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Dang Wangi, lapor Astro AWANI.

Artikel Berkaitan: Perbualan Tidak Senonoh: Model Russia Buat Aduan Polis Terhadap ‘Influencer’

Terkini, pihak polis sedang menyiasat mengenai kejadian wanita Rusia itu menjadi mangsa kata-kata yang berbaur lucah oleh lelaki tempatan tersebut.

Oleh kerana video tersebut tular di TikTok, kes ini disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Dalam masa yang sama, lelaki itu difahamkan telah membuat permohonan maaf kepada umum setelah tindakannya itu dikecam oleh warganet.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.