Polis siasat laporan kamera tersembunyi di bilik persalinan

11 Jan 2023 • 2:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular yang memaparkan kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli belah.

KUALA LUMPUR - Polis telah menerima laporan berkaitan video tular yang memaparkan rakaman daripada kamera tersembunyi di bilik persalinan sebuah pusat membeli-belah.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada jam 4.38 petang, pada Isnin.

"Laporan dibuat oleh pengurus kawalan keselamatan sebuah premis di Jalan Imbi, kita telah menjalankan siasatan di premis pengadu dan didapati kejadian bukan berlaku di situ.

"Siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti tarikh dan lokasi kejadian tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Noor Dellhan berkata, perbuatan tersebut merupakan kesalahan bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Fikri Abdul Manan di talian 013-4149917, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved