Polis telah membuka tiga kertas siasatan berhubung satu perarakan kebudayaan yang didakwa mempamerkan bendera China di bandar Muar.
Perarakan tersebut diadakan sempena ulang tahun ke-20 Gabungan Persatuan-Persatuan Tiong Hua di daerah itu, dengan persembahan tarian singa dan replika naga terpanjang di Malaysia di beberapa jalan utama.
Namun, bendera China selain Jalur Gemilang dikesan pada replika naga tersebut, yang kemudiannya menjadi tular di media sosial.
#umno #umnomalaysia #najib #najibrazak #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #ppbm #partiislamsemalaysia #fypdong #sabah #penangmalaysia #fypdonggggggg #fypシ゚ #bersatumalaysia #perikatannasional #DAP
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata bendera itu dikesan semasa pemantauan polis ketika perarakan berlangsung sekitar jam 6.10 petang semalam.
Menurut beliau, pihak polis mendapati replika naga dihias dengan Jalur Gemilang di bahagian kanan, manakala bendera China diletakkan di bahagian kiri badan naga berkenaan.
“Rakaman video dan gambar mengenai perarakan itu turut dikesan dan menjadi tular di beberapa platform media sosial sejak semalam. Susulan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar telah mengambil tindakan proaktif dengan membuka kertas siasatan pada hari yang sama kejadian dilaporkan.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan; Seksyen 6(2) Akta Perhimpunan Aman 2021; dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949,” katanya.
Raiz juga memaklumkan bahawa pihak penganjur program dan saksi kejadian telah dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.
“Pada masa yang sama, polis menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam,” tambahnya.
Insiden ini merupakan yang kedua dalam tempoh kurang sebulan, selepas kejadian serupa berlaku semasa festival lampu LED di Bukit Gambir, Tangkak, pada hujung bulan lalu. Dua kertas siasatan dibuka bagi kes tersebut mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Berita Harian
The post Polis siasat perarakan replika naga pamer bendera China di Muar appeared first on The Reporter.


