
PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick meneruskan tradisinya menyampaikan sumbangan kepala singa kepada pelbagai kelab tarian dan persatuan Cina di kawasan Penampang dalam satu majlis, di sini.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) berkata, untuk tahun ini, 24 kepala singa disumbangkan kepada 14 kelab dan persatuan Cina.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Penampang (PCCCI) dan Royal Sabah Turf Club turut menyumbangkan empat kepala singa kepada kelab dan persatuan Cina terlibat.
“Ini adalah antara usaha kita untuk memelihara warisan budaya kaum Cina sebagai masyarakat penting di negara ini agar terus menjadi satu identiti dalam negara kita khususnya di Penampang,” katanya pada Majlis Penyerahan Kepala Singa kepada 14 persatuan dan kelab tarian singa, di perkarangan Kuil Foot Tet Kung, Donggongon, di sini, Ahad.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, kaum Cina juga tidak ketinggalan dalam usaha kementeriannya menerusi agensi berkaitan bagi mengangkat ekonomi rakyat.
Katanya, antaranya agensi seperti SME Bank dan Bank Rakyat yang menyediakan perkhidmatan pembiayaan kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang etnik.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kita maklum terdapat agensi tertentu yang programnya khusus untuk bumiputera, namun ada juga yang terbuka kepada semua antaranya SME Corp yang menawarkan pelbagai jenis geran.
“Saya juga akan membawa Yayasan Penjaja dan Perniagaan Kecil Kebangsaan (YPPKK) yang sebelum beroperasi di Semenanjung, ke Sabah untuk mengurus pinjaman mikro kepada penjaja dan peniaga kecil kaum Cina.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Ini adalah antara usaha saya bagi memastikan kemudahan pembiayaan merangkumi kepentingan semua rakyat tanpa mengira etnik,” katanya.

