Polis siasat sekumpulan individu main mercun di tengah jalan raya di Ipoh 

10 Nov 2026 • 12:09 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis siasat sekumpulan individu main mercun di tengah jalan raya di Ipoh 

IPOH: Polis akan menjalankan siasatan secara terperinci berhubung sekumpulan individu bermain mercun di tengah jalan raya di Jalan Kuala Kangsar di sini, seperti yang tular menerusi media sosial.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata bagaimanapun, polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak tentang kejadian tersebut.

“Kita akan siasat kejadian ini, mereka yang terlibat dan sebagainya termasuklah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Mohd Alwi berkata pihaknya memandang serius perbuatan kumpulan individu berkenaan yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain dan tindakan itu tidak seharusnya berlaku.

“Sekiranya hendak meraikan sesuatu perayaan, perbuatan ini (bermain mercun) sepatutnya dibuat di tempat yang tidak menganggu pengguna jalan raya dan masyarakat umum,” katanya.

Video berdurasi 36 saat tular sejak semalam yang memaparkan sekumpulan individu bermain mercun di tengah jalan raya sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan tersebut yang disifatkan tidak bertanggungjawab kerana boleh mengundang bahaya kepada orang awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved