Polis Siasat Video Tular Dakwaan Anggota Ambil ‘Duit Kopi’

LocalPolitics
27 Apr 2026 • 10:18 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung satu video tular di media sosial yang mendakwa seorang anggota mengambil wang daripada seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai video tular tersebut dan kini giat mengenal pasti kesahihan maklumat termasuk lokasi kejadian serta identiti anggota terlibat.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan jenis MPV yang dipaparkan dalam video tersebut menggunakan tanda panggilan “PK 56” yang merupakan milik kontinjen Perak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Sehubungan itu, satu siasatan dalaman telah dibuka bagi mengenal pasti lokasi kejadian sebenar serta anggota yang terlibat.
“Pihak polis memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku yang boleh menjejaskan integriti pasukan.
“PDRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus, rapi dan adil, dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang atau peraturan yang dilakukan oleh mana-mana pegawai atau anggota,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

image is not available

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan dengan menyalurkannya kepada IPD Ipoh atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan,” ujarnya.

image is not available

Sumber: Facebook Polis Daerah Ipoh

The post Polis Siasat Video Tular Dakwaan Anggota Ambil ‘Duit Kopi’ appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved