Wanita bawa senjata tajam ditahan 

LocalPolitics
10 Sep 2024 • 3:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Seorang wanita warga asing, 22, ditahan polis kerana disyaki membawa senjata tajam tanpa kebenaran di dalam kenderaannya sekitar jam 12.56 tengah malam di kawasan bandar Tawau, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, senjata berupa sebilah pisau bersarung itu ditemui disimpan di bawah kerusi pemandu semasa pemeriksaan pihaknya.

Menurutnya, polis turut menemukan sebatang kayu baseball dan sebatang kayu ulas yang diletakkan di bahagian atas kerusi enumpang belakang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota Strike Team Balai Polis Tawau sebelum itu terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mencurigakan di kawasan parkir Jalan Mahkamah Tawau.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Polis kemudian bertindak menahan pemandu kenderaan itu bagi tujuan pemeriksaan dan menemukan senjata tajam di dalam kenderaannya,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jasmin berkata, suspek wanita itu ditahan selepas gagal memberikan alasan munasabah berkenaan senjata tersebut.

“Senjata itu dirampas bersama kenderaan yang dipandu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958.

Mengulas lanjut, beliau berkata tindakan membawa sebarang senjata di dalam kenderaan tanpa kebenaran dan alasan kukuh adalah salah di sisi undang-undang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.