Polis Tahan 2 Lelaki, Rampas Pelbagai Minuman Keras Bernilai Lebih RM200,000

6 Feb 2023 • 7:05 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Cha Hoong Fong berkata tangkapan terhadap dua lelaki berusia 25 tahun itu dilaksanakan sekitar 5 petang apabila Unit Risikan Marin, Pelabuhan Klang menjalankan rondaan di kawasan itu - Gambar Fail

SHAH ALAM - Polis menahan dua lelaki  dan merampas pelbagai jenis minuman keras berbagai jenama disyaki tidak bercukai bernilai RM269,086 di kawasan Taman Chi Liung, Pandamaran, 31 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata tangkapan terhadap dua lelaki berusia 25 tahun itu dilaksanakan sekitar 5 petang apabila Unit Risikan Marin, Pelabuhan Klang menjalankan rondaan di kawasan itu.

“Semasa rondaan dijalankan, pihak polis telah terserempak dengan sebuah lori dan ketika itu kedua-dua lelaki berkenaan sedang memunggah kotak untuk disimpan di sebuah gudang. 

Ketika tangkapan dilaksanakan, pihak polis merampas 317 botol dan 7,560 tin pelbagai jenis minuman keras disyaki tidak bercukai. Keseluruhan nilai harga barang rampasan lebih kurang RM269,086.08,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, Cha berkata Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan telah menahan reman kedua-dua lelaki berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved