Cubaan rompak RM82,000: Suspek direman enam hari - Polis

25 Jul 2026 • 11:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Cubaan rompak RM82,000: Suspek direman enam hari - Polis
Laporan Sinar harian pada Khamis berhubung penahanan seorang lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kejadian cubaan samun van keselamatan dan melarikan senjata api.

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang diberkas untuk siasatan kes cubaan samun RM82,000 di hadapan sebuah bank di Bukit Tinggi, Klang Isnin lalu kini direman enam hari.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, reman terhadap suspek bermula Jumaat hingga Rabu depan.

"Siasatan masih dijalankan dan suspek dipercayai bertindak solo (dalam kes terbabit)," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sebelum itu, pada 23 Julai seorang lelaki berusia lingkungan 20-an diberkas di sekitar Shah Alam menerusi operasi khas yang dilancarkan Bahagian D9 JSJ Bukit Aman.

Polis telah merampas selaras pump gun jenama 'mossberg' bersama sebutir peluru dan sepucuk pistol pelepas olahraga jenama 'ekol lite' dengan 48 butir peluru 'blank'.

Semakan mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah di bawah Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, wang tunai berjumlah RM82,000 sempat dicampak ke dalam van selepas anggota syarikat keselamatan menyedari kehadiran suspek yang berpakaian gelap dan bertopi keledar.

Suspek bagaimanapun merampas satu laras pump gun jenama 'mossberg' bersama satu butir peluru milik petugas keselamatan sebelum melarikan diri menaiki motosikal.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata serta cuba menyebabkan kematian atau cedera parah dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved