Polis tahan lelaki, rampas syabu hampir 2kg

18 Aug 2023 • 6:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah bersama kira-kira 1.917 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM120,000 di sebuah ladang kelapa sawit di Kalabakan, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata lelaki berusia 36 tahun itu yang memakai beg galas dilihat dalam keadaan mencurigakan dan cuba melarikan diri dari pemeriksaan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik pada 4 petang, namun berjaya ditahan.

“Pemeriksaan di dalam beg itu menemukan dua bungkusan plastik berisi dadah disyaki jenis syabu. Suspek yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri turut didapati positif dadah jenis Amphetamine,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata lelaki berkenaan direman hingga Rabu depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved