Polis Tahan Lelaki Tempatan Mabuk Larikan Kereta E-Hailing, Pandu Lawan Arus

LocalPolitics
10 Apr 2026 • 6:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Tahan Lelaki Tempatan Mabuk Larikan Kereta E-Hailing, Pandu Lawan Arus

Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan kerana memandu melawan arus dalam keadaan mabuk di Lebuhraya Sprint, Petaling Jaya awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.00 pagi, suspek dipercayai memandu secara berbahaya sebelum ditahan di Kilometer 0.7 lebuh raya berkenaan.

Menerusi kenyataan Polis Daerah Petaling Jaya di Facebook, hasil siasatan mendapati lelaki tersebut berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shamsudin bin Mamat berkata, suspek turut disyaki melarikan sebuah kenderaan e-hailing selepas berlaku salah faham dengan pemandu kenderaan berkenaan.

Menurut beliau, suspek kini direman bagi membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen 42(1) dan Seksyen 45(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, selain Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Pihak polis turut menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang dan membahayakan keselamatan awam.

"Saksi yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian mohon tampil ke Balai Polis berhampiran atau berhubung terus dengan pengawai penyiasat trafik, Inspektor Sivam A/L Muniandy di talian 0173290749 atau IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan," ujar kenyataan itu lagi.

image is not available
image is not available
Baca juga: