Polis Tahan Lelaki Tular Curi Tong Gas Di Kedai Runcit, Jumpa Masa Tengah ‘Minum’?

Entertainment
5 Oct 2022 • 4:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau korang ingat lagi sebelum ini ada seorang lelaki yang telah bertindak selamba mencuri tong gas dengan memanjat pagar rumah orang seorang wanita sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.

Video tersebut meraih pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata daripada mereka mengecam perbuatan lelaki tersebut yang dikatakan seperti terdesak untuk mendapatkan wang. Ada juga yang meminta pihak berkuasa untuk mengesan lelaki tersebut.

image is not available

Lelaki curi tong gas ditahan polis

Namun, orang kata sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Lelaki tersebut telah berjaya ditangkap oleh pihak polis atas bantuan beberapa jawatankuasa penduduk di sekitar Taman Rakan, Cheras.

Beberapa video telah dikongsikan di laman TikTok dengan memaparkan situasi di sebuah kedai runcit dimana lokasi lelaki tersebut ditangkap. Difahamkan juga, lelaki tersebut juga bertindak untuk menjual tong gas itu di kedai runcit berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihak menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu. Menurutnya, siasatan awal mendapati semasa kejadian, mangsa yang bersendirian di rumah bertindak merakam sendiri situasi tersebut sebagai bukti.

“Berikutan, suspek berjaya ditahan pada hari yang sama bersama barang yang dicuri. Semakan mendapati, suspek juga merupakan orang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes dadah.”

Semasa dijumpai, lelaki tersebut sedang minum air yang berwarna hijau yang dipercayai air tebu di atas jalan tepi kedai runcit tersebut. Namun, ada juga yang menganggap bahawa air itu bukan yang disangka.

Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Kajang dan akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Akhirnya tertangkap juga!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.