Polis Tahan Lelaki Warga Asing, Disyaki Sengaja Calarkan 8 Kenderaan

LocalCars
10 Sep 2026 • 6:21 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Polis Tahan Lelaki Warga Asing, Disyaki Sengaja Calarkan 8 Kenderaan

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tindakan merosakkan atau mendatangkan kerosakan kepada kenderaan individu lain merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.

Lelaki warga asing calarkan 8 kenderaan di kawasan parkir berdekatan TRX

Terbaharu polis telah bertindak menahan seorang lelaki warga asing selepas dia dipercayai mencalarkan sebanyak lapan buah kenderaan di sebuah kawasan parkir berdekatan The Exchange TRX pada 9 September lalu.

Jelas Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd Din polis telah menerima laporan berhubung insiden itu daripada seorang pengadu yang turut meletakkan kenderaan jenis Zeekr 7X di tempat parkir itu sebelum memasuki TRX sekitar jam 9.30 pagi.

“Pengadu kemudian keluar dari kawan berkenaan kira-kira jam 12.15 tengah hari dan mendapati terdapat kesan calar pada bahagian bonet kenderaannya, kerugian dianggarkan RM3,000,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

Sebanyak 11 laporan diterima berhubung kes

Menurut Nuzulan lagi, buat masa ini pihaknya telah menerima sebanyak 11 laporan termasuk tiga laporan dibuat oleh pihak pengurusan TRX.

Ujarnya suspek warga asing itu merupakan seorang gelandangan dan telah ditahan pada petang 9 September di kawasan berdekatan TRX.

“Suspek yang juga gelandangan itu ditahan pada petang hari sama di kawasan berhampiran TRX.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental dan menggunakan objek tumpul untuk mencalar kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir berkenaan.”

Lelaki warga asing direman 4 hari dan akan dibawa ke HKL untuk jalani pemeriksaan mental

Suspek kemudiannya direman selama empat hari bermula 10 September sehingga 13 September ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Lelaki warga asing itu juga akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pemeriksaan mental.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved