Lelaki calarkan 7 kereta berhampiran TRX ditahan polis

LocalCars
10 Sep 2026 • 2:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki calarkan 7 kereta berhampiran TRX ditahan polis

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing ditahan polis selepas dipercayai mencalarkan tujuh buah kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir berhampiran The Exchange TRX, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Nuzulan Mohd. Din berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sebelum siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis telah menerima laporan berhubung seorang lelaki yang telah mencalarkan tujuh buah kenderaan di parkir TRX.

“Suspek berusia 34 serta bukan warganegara ditahan dan direman selama empat hari bermula hari ini hingga 14 September bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan.

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan seorang pemandu didatangi lelaki tidak dikenali semasa meletakkan kenderaan di kawasan parkir awam.

Lelaki tersebut kemudian dilihat memarahi pemandu dan menghentak objek berupa besi pada kenderaan terbabit. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki calarkan 7 kereta berhampiran TRX ditahan polis appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved