Polis tahan pemandu Axia langgar lari anggota trafik

LocalPolitics
13 Apr 2026 • 8:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular memaparkan sepasukan anggota trafik dipercayai menahan pemandu kereta Perodua Axia.

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan pemandu kenderaan jenis Perodua Axia yang dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari membabitkan seorang anggota trafik di Jalan Sultan Yahya Petra di sini Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, suspek telah ditahan petang tadi dan kini sedang menjalani ujian saringan pernafasan (EBA) dan air kencing.

“Suspek yang disyaki terlibat dalam kes tersebut telah ditahan dan sedang menjalani proses laporan polis serta ujian EBA dan air kencing,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.47 malam Jumaat, mangsa, Konstabel Roslan Salleh, 27, sedang menjalankan tugas mengawal lalu lintas di kawasan petak kuning sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan.

Pemandu kenderaan terbabit bagaimanapun melarikan diri tanpa berhenti untuk memberikan bantuan kepada mangsa.

Mohd Zamzuri dilaporkan berkata, akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan termasuk luka di tapak tangan kanan dan belakang kepala selain sakit di bahagian rusuk.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia untuk menerima rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved