Polis Tahan Pemandu Kereta Buat Aksi Ala ‘Drift’ Di Genting Highlands

LocalCars
7 Mar 2026 • 12:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Polis menahan seorang lelaki yang memandu kereta jenis BMW 325i secara berbahaya dengan melakukan aksi ala ‘drift’ di Genting Highlands baru-baru ini.

Lelaki tersebut ditahan susulan video aksi pemanduannya yang tular di media sosial, terutama di TikTok.

Menurut laporan Berita Harian, aksi berbahaya itu dipercayai dilakukan di selekoh laluan menuju ke Genting Highlands, Pahang.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pemandu berkenaan didapati memandu secara melulu dengan melakukan pusingan di selekoh jalan.

Beliau berkata, tindakan lelaki itu boleh mendatangkan bahaya serta risiko kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Artikel berkaitan: Ini 5 Info Pasal ‘Axia Harga Rahmah’ Yang Korang Kena Tahu Sebelum Buat Order!

Polis pada mulanya giat mengesan individu yang memandu kereta itu untuk siasatan susulan video aksi pemanduan itu tular di media sosial.

Lelaki tersebut yang berusia lewat 20-an kemudiannya telah hadir sendiri ke Pejabat Trafik IPD Bentong bersama kereta tersebut dan dia bukan hanya ditahan, malah kereta berkenaan juga turut disita.

Walau bagaimanapun, suspek didapati negatif ujian air kencing.

Polis menyiasat kejadian ini mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana pemanduan yang bahaya dan melulu.

Sumber: Berita Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.