Polis tahan pemandu treler rempuh sembilan kenderaan

10 Jan 2023 • 2:46 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Polis menahan pemandu treler yang merempuh sembilan kenderaan dalam satu kemalangan di KM 307.9 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Gopeng, malam tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata dalam kejadian kira-kira 10.40 malam itu, lelaki berusia 36 tahun dari Bukit Mertajam Pulau Pinang tersebut dipercayai gagal menekan brek ketika berada di selekoh hingga merempuh kenderaan di hadapannya.

“Saringan air kencing terhadap pemandu treler juga mendapati negatif dadah dan alkohol. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Yusri berkata ketika kejadian cuaca baik namun keadaan jalan gelap kerana tidak berlampu serta melibatkan jalan dua lorong dan sedikit selekoh.

Beliau berkata kenderaan yang dirempuh membabitkan dua treler dan tujuh buah kereta.

Awal pagi tadi, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dibantu anggota dari Tapah memaklumkan lapan cedera dan diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, manakala tujuh lagi tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved