“Anak saya bukan anak patung” – Ibu Kongsi Rakaman CCTV Di Taska, Dedah Anak Usia 6 Bulan Dider* Pengasuh

LocalFamily & Parenting
28 Dec 2025 • 1:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang wanita trauma selepas mendapati bayinya yang baru berusia enam bulan telah dicampak, digolek dan ditampar oleh seorang pengasuh di sebuah taska di Taman Desa Petaling.

Menerusi perkongsian di akaun Threads miliknya, @/liyanazulkifli, ibu berkenaan memuat naik beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan penderaan pengasuh dipercayai dilakukan terhadap anaknya serta beberapa bayi lain.

Kejadian itu difahamkan berlaku pada 15 Disember lalu.

 

View on Threads

 

image is not available
Tangkap layar tular di aplikasi Threads yang memaparkan seorang pengasuh mengasari bayi yang dijaganya di sebuah taska.

Menurut wanita itu, bayinya yang baru berusia enam bulan telah dipukul dan diperlakukan seperti anak patung.

“Yang di tengah itu anak saya. Anak saya baru enam bulan, tak tahu apa-apa. Dibedung, dicampak, digolek dan dipijak.

“Empat tahun menunggu, empat kali keguguran, sembilan bulan saya kandungkan dia. Tak sangka jadi pada anak sendiri,” katanya.

Dalam hantaran lain, wanita itu memaklumkan seorang suspek telah ditahan, namun dia masih menunggu tangkapan terhadap seorang lagi individu yang dipercayai terlibat.

Menurut laporan Harian Metro, setakat ini, media masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa.

Kini, hantaran tersebut telah menerima lebih 7,000 komen di aplikasi Threads.

Sumber: Threads liyanazulkifli

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.