Polis tahan tiga suspek samun kedai runcit di Hutan Melintang

26 Nov 2026 • 8:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis tahan tiga suspek samun kedai runcit di Hutan Melintang

Polis Bagan Datuk berjaya menyelesaikan tiga kes samun di Bagan Datuk dan Hilir Perak selepas menahan tiga suspek dan merampas dua motosikal.

IPOH: Tiga lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kejadian samun seorang pembantu kedai di sebuah kedai runcit di Batu 10, Hutan Melintang, 7 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk Supt Mohammad Ali Mohd Jali berkata tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 34 tahun pada 17 Nov lalu kira-kira 3.05 pagi diikuti tangkapan susulan terhadap dua lagi lelaki masing-masing berusia 36 dan 34 tahun semalam.

Beliau berkata dua motosikal turut dirampas dalam kedua-dua operasi yang dijalankan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk itu.

“Pada 7 Okt lalu, pihak polis menerima aduan daripada seorang wanita tempatan berusia 35 tahun berhubung kejadian dirinya diragut di sebuah kedai runcit oleh seorang lelaki sebelum (lelaki itu) melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama tiga lagi suspek lain yang menunggu di luar premis.

“Dengan penahanan ketiga-tiga suspek itu, pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kes samun yang dilaporkan berlaku di sekitar daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Ali berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved