Anggota polis cedera kepala ketika tahan lelaki mengamuk Sabak Bernam

24 Nov 2026 • 3:42 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Anggota polis cedera kepala ketika tahan lelaki mengamuk Sabak Bernam

SHAH ALAM, 24 NOV: Seorang anggota polis cedera di bahagian kiri kepala dalam satu kejadian melibatkan seorang lelaki yang dipercayai mengamuk di sebuah rumah di Sungai Panjang, Sabak Bernam, semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Md Yusof Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung dengan kejadian itu pada 12.09 tengah hari sebelum Unit Kereta Peronda (MPV) digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan dan tindakan tangkapan.

"Namun, seorang anggota polis berusia 30-an mengalami kecederaan di kiri kepala dalam insiden tersebut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata anggota yang cedera itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Md Yusof berkata suspek lelaki berumur 69 tahun yang berjaya ditahan turut dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan penilaian perubatan.

"Lelaki yang tiada pekerjaan tetap itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved