Polis tahan warga asing disyaki lakukan jenayah samun, rogol

13 Oct 2023 • 12:05 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Seorang lelaki warga asing ditangkap dalam tempoh 48 jam selepas disyaki melakukan jenayah samun dan rogol terhadap seorang wanita berusia 20-an di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, suspek yang mempunyai kes jenayah lampau itu ditangkap pada 29 September oleh sepasukan polis bersama dengan barangan milik mangsa samun.

“Suspek berusia lingkungan 30an yang positif dadah jenis Methamphetamine turut menyamun sebuah komputer riba milik mangsa dalam kejadian yang berlaku pada 27 September.

“Selain itu, polis juga merampas sebilah pisau yang digunakan oleh suspek semasa kejadian samun dan rogol itu,” katanya ketika sidang media di Balai Polis di sini, Khamis.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Suspek dituduh di Mahkamah Seksyen pada Khamis, melakukan lima kesalahan iaitu di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata, Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas polis, Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1985.

Sementara itu, Abdul Fuad juga memberitahu polis turut berjaya menumpaskan dua kumpulan yang terlibat dalam kegiatan jenayah pecah rumah, pecah kedai dan restoran serta mencuri kenderaan di sekitar daerah ini.

Dengan tertumpasnya Geng Sultan dan Geng Kancil itu, polis percaya mereka telah menyelesaikan 37 kes jenayah serta merampas 20 unit barangan seperti gelang emas, telefon bimbit, televisyen, speaker, tong gas, tabung derma dan kunci kenderaan.

Jumlah keseluruhan kerugian bagi 37 kes jenayah dianggarkan bernilai RM59,000 manakala harta rampasan dianggarkan bernilai RM20,000.

“Geng Sultan dan Geng Kancil terdiri daripada enam lelaki iaitu dua warga tempatan dan empat warga asing berumur dalam lingkungan 28 tahun hingga 32 tahun.

“Kesemua enam lelaki ini turut positif dadah jenis Methamphetamin,” tambahnya.

Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan telah menyelesaikan 376 kes daripada 436 kes jenayah yang berlaku di daerah ini bagi tempoh 1 Januari 2923 hingga 11 Oktober 2023.

Abdul Fuad berkata, kejayaan tangkapan ini adalah hasil kerjasama yang diberikan oleh orang awam kepada pihak polis dengan memberikan maklumat yang betul sehingga tertangkapnya suspek-suspek yang terlibat.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.