Polis Tak Tolak Kemungkinan Kes Anak Rafizi Kena Serang & Disuntik Bermotifkan Politik

LocalPolitics
14 Aug 2025 • 11:28 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar menjelaskan bahawa pihak polis kini sedang membuka kertas siasatan mengenai serangan yang dilakukan terhadap anak Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli daripada pelbagai aspek termasuklah aspek politik.

Tambahnya, siasatan akan dilakukan di bawah Seksyen 352 dan 324 Kanun Keseksaan kerana menyerang dan menyebabkan kecederaan menggunakan senjata bahaya serta Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.

“Setakat ni kita tengok semua aspek, tak ada lagi petunjuk ke arah tersebut tapi kita tengok semua angle.

Menurut Shazeli, siasatan di bawah undang-undang berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dilakukan kerana suspek melakukan sentuhan badan terhadap anak Rafizi yang berusia 12 tahun.

Pihak polis kini masih mengenal pasti dan mengesan suspek yang terlibat, tambahnya. Ketika ditanya berkenaan picagari yang digunakan penyerang, Shazeli berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan analisis.

image is not available

“Setakat ini keadaan mangsa, alhamdulillah, (baik). Dia sudah pun dibenarkan keluar hospital.”

Semalam, dilaporkan bahawa dua orang lelaki menaiki motosikal telah menyerang anak Rafizi ketika mangsa bersama ibunya keluar dari pusat membeli-belah di Putrajaya kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Salah seorang lelaki yang berpakaian serba hitam dan menutup muka dengan topi keledar itu didakwa telah menarik mangsa sebelum menyuntiknya.

Dalam satu kenyataan semalam, Rafizi mengecam serangan itu yang dipercayainya bahawa ia satu usaha untuk menutup mulutnya daripada bersuara mengenai isu tertentu.

Sumber : malaysiakini

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.