
TAWAU: Polis di sini menumpaskan Geng Ali Baba Gang yang disyaki terlibat kegiatan kes pecah rumah di sini susulan penahanan tiga ahlinya dalam siri serbuan berasingan, Jumaat lalu.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek pertama, warga tempatan, 21, ditangkap di Kg Inderasabah yang membawa kepada rampasan satu set pembesar suara.
Hasil tangkapan, katanya, ia membawa kepada tangkapan suspek kedua, seorang warga asing. 30an, di kampung sama dan polis merampas lebih banyak barangan dipercayai hasil kes pecah rumah, yang ditemukan di kediaman warga asing itu.
“Suspek ketiga iaitu lelaki warga tempatan berusia 60an pula ditangkap hasil serbuan di Kg Wakuba yang membawa kepada rampasan sebuah amplifier dan sebuah komputer riba,” katanya.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Jasmin berkata, kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Mengulas lanjut, beliau berkata, polis menggerakkan operasi bagi mengesan Geng Ali Baba yang disyaki terlibat kes pecah rumah membabitkan seorang mangsa penjawat awam.
Katanya, mangsa membuat laporan polis selepas mendapati rumah kebun miliknya di Jalan Garson Spur Apas - Balung dipecah-masuk dan beberapa peralatan didapati hilang.
Tambahnya, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Sri Indah sebelum sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Tawau, menggerakkan operasi.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

