Polis tembak mati suspek kes bunuh wanita

31 Jan 2024 • 11:08 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Polis menembak mati suspek kes bunuh selepas dia bertindak agresif dengan menyerang polis menggunakan sebilah parang ketika serbuan di sebuah pangsapuri Bukit Subang, Shah Alam, petang tadi.

Dalam kejadian pada 5.30 petang itu, polis terpaksa menembak suspek dengan satu das tembakan bagi melindungi diri ketika serbuan dijalankan bertujuan untuk menangkapnya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki itu merupakan suspek kes bunuh seorang wanita warga asing berusia 19 tahun di Sungai Way pada Isnin lalu.

“Gadis itu dibunuh kejam dengan lapan kesan tikaman,’’ katanya di sini hari ini.

Jelas Hussein, suspek telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala sebilah parang berukuran 28cm turut dirampas.
Kes berkenaan, katanya, disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan penemuan mayat seorang wanita warga Indonesia dalam keadaan berlumuran darah di tepi tangga lif Blok 5, Desa Mentari, Petaling Jaya pada Isnin lalu.

Berikutan itu, polis turut menggunakan Unit Anjing Pengesan K9 bagi mengesan bahan bukti termasuk senjata yang digunakan untuk membunuh suspek. – 31 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved