Polis Temui Lebih 2,000 Bahan Lucah & Pornografi Kanak-Kanak Dalam Rumah Di Kawasan Kejiranan Mewah Di Bayan Lepas

LocalPolitics
24 Dec 2024 • 1:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Polis Pulau Pinang menemukan sejumlah bahan lucah di mana sebahagiannya disyaki bahan penderaan seksual kanak-kanak dalam serbuan sebuah rumah di kawasan kejiranan mewah di Bayan Lepas.

Menurut laporan, selepas disoal siasat pihak polis, suspek mengakui suka melihat kanak-kanak kerana mereka ‘fresh’.

Serbuan di rumah itu merupakan sebahagian daripada ‘Op Pedo Bersepadu PDRM-MCMC’ – diketuai oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menangkap individu yang disyaki memiliki dan mengedar CSAM.

image is not available

Operasi ini melibatkan siri serbuan yang diselaraskan di enam negeri Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Terengganu, Pulau Pinang dan Perak.

Suspek berusia 40-an itu bekerja sebagai jurutera dan ketika serbuan rumah tiga tingkat itu, dia berada seorang diri manakala isteri dan anak-anak sedang bercuti di luar negara.

image is not available

image is not available

Suspek turut membawa polis ke tingkat kedua rumahnya dan menunjukkan dua komputer di mana lebih daripada 2,000 bahan lucah ditemui daripada salah satu komputer.

image is not available

Lelaki itu juga memberitahu polis bahawa dia menyimpan bahan lucah hanya untuk tontonan sendiri.

Dalam serbuan itu juga polis turut memeriksa telefon bimbitnya dan merampas komputer, modem serta ‘router’ sebelum membawanya ke Balai Polis Bayan Baru untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

image is not available 3 weeks ago

Pakar Psikiatri Kanak-Kanak Warga Malaysia Dipenjara Di Ireland, Dera Remaja Perempuan Secara Seksual