
TAWAU: Polis menangkap seorang lelaki warga tempatan, 40an, yang disyaki memukul bekas isterinya sehingga cedera akibat perselisihan faham dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 2, Jalan Apas pada Khamis lalu.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berjaya ditangkap sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, susulan laporan polis dibuat mangsa, 30an.
AdvertisementMenurutnya, suspek ditahan di hadapan sebuah restoran di Batu 5, Jalan Apas sekitar jam 2.20 petang pada Sabtu.
Dalam kejadian itu, katanya, mangsa dikatakan dipukul oleh bekas suaminya (suspek) akibat perselisihan faham dan mengakibatkan wanita itu luka di hidung dan lebam di pipi.
SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak Kuala Lumpur: East Malaysia is an important market for Ford 4WD vehicles, says Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) Sdn Bhd Managing Director Turse Zuhair Nahason Affan. SDAC is the sole Ford distributor in Malaysia. Read more “Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah rumah di penempatan tersebut sekitar jam 8 malam pada Khamis lalu,”katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.
Jasmin berkata, suspek ditahan untuk membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 323/326 Kanun Keseksaan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

