Polis terima 24 laporan berkaitan operasi di Bera

LocalPolitics
22 Sep 2026 • 2:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis terima 24 laporan berkaitan operasi di Bera
Azry Akmar

KUANTAN - Polis menerima 24 laporan berkaitan operasi penguatkuasaan kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera daripada penduduk, Orang Asli dan pihak penguat kuasa setakat Isnin.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kes berkenaan masih dalam tindakan siasatan pihak polis susulan tangkapan empat lelaki dan seorang wanita.

“Kes tersebut masih dalam tindakan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwaan dalam masa terdekat.

“Tiada tangkapan baharu dibuat setakat ini dan operasi masih diteruskan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pengurusan (KJP) Kontinjen Pahang di Dewan Tun Razak di sini pada Selasa.

Menjawab mengenai kejadian pertelingkahan membabitkan beberapa penduduk di Chemomoi, Bentong dengan pihak penguatkuasa seperti video tular di media sosial, Azry Akmar memberitahu, pihaknya tidak menerima sebarang laporan

“Difahamkan kejadian berlaku ketika operasi yang dirancang dan dijalankan agensi penguatkuasaan tempatan.

"Justeru, kami sentiasa menasihatkan masyarakat supaya memberikan kerjasama kepada agensi penguat kuasa dalam menjalankan operasi serta tugas pemantauan dan pengawasan di kawasan hutan simpan,” katanya.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved