Polis mengesan satu hantaran video tular di TikTok yang dipercayai berkaitan dengan kes kecurian kabel berhampiran Masjid Al-Ubudiah, Kampung Tasek Tambahan, Ampang.
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairul Anuar Khalid, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 3.59 pagi, 19 September lalu.
Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis dari Balai Polis Ampang tiba di lokasi sekitar jam 4.18 pagi dan mendapati sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang menarik keluar kabel dari sebuah lurang atau manhole.
Kenderaan itu dipandu seorang lelaki Melayu yang kemudiannya ditahan, manakala barangan berkaitan turut dirampas sebelum suspek dibawa ke Balai Polis Ampang untuk tindakan lanjut.
Dalam masa sama, polis memaklumkan mereka turut mengesan satu hantaran video berkaitan kejadian yang tular di TikTok.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memperincikan identiti pemilik akaun atau pemuat naik video berkenaan, termasuk sama ada individu terbabit sudah dipanggil untuk memberi keterangan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 379, Seksyen 431A dan Seksyen 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan atau menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.
Orang ramai pada masa sama dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan kandungan tidak sahih atau mengambil tindakan sendiri berkaitan kes tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ingkar Dan Derhaka, Tuanku Muhriz Batal Pelantikan Semua EXCO Negeri Sembilan Serta- Merta
The post Polis Kesan Video Tular Kes Curi Kabel Di Ampang, Siasatan Libat Seksyen 233 Libatkan Pemilik Video CCTV first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






