Polis Terima Laporan Dakwa Pengawal Peribadi TMJ Belasah Pemandu E-hailing OKU

Entertainment
29 May 2024 • 12:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak polis hari ini mengesahkan bahawa mereka menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa telah dipukul oleh pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Pengadu seorang OKU

image is not available

“Kita masih menyiasat, setakat ini belum ada sebarang tangkapan. Pengadu dalam kes ini memang seorang orang kurang upaya (OKU).”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Difahamkan, Harian Metro melaporkan bahawa seorang pemandu e-hailing membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul pengawal peribadi ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields, semalam.

Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa dia ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya. Susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.