Polis terus turun padang dekati masyarakat

27 Apr 2024 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung

KENINGAU: Slogan “Polis dan Masyarakat berpisah tiada” terus diterjemahkan dengan program turun padang untuk mendekati masyarakat setempat.

Ketua Polis Daerah Keningau Supritendan Yampil Anak Garai berkata, antara pendekatan yang terus dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau adalah mendekati masyarakat setempat.

Ini katanya, bagi memastikan masyarakat setempat dekat dengan polis untuk bersama-sama membendung pelbagai jenayah.

“Kita mengadakan program “face to face” untuk bertemu masyarakat bagi mendapat maklumat dan mendalami masyarakat untuk membantu permasalahan masyarakat di Keningau khasnya” katanya.