Polis Thailand Cakap Melayu, Beri Peringatan Warga Malaysia Bawa Lesen Memandu Ke Negara Itu

LocalTravel
30 Sep 2024 • 11:12 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu berbentuk kad atau lesen memandu digital.

Menerusi satu hantaran di TikTok, dadunayu.thai berkata dia menerima banyak komen bertanya tentang lesen memandu yang perlu dibawa oleh rakyat Malaysia ke Thailand.

Polis Thailand cakap Melayu di TikTok

“Hari ini, saya nak bercakap pasal lesen memandu. Banyak komen kata, lesen memandu Malaysia boleh pakai ke? Baik, saya nak bagitau pasal benda ni.

“Sekarang ni, di Malaysia dah ada lesen memandu digital. Lesen memandu kad dah tak ada. Jadi kita nak cakap pasal benda ni.

“Sekurang-kurangnya ada lesen memandu kad atau lesen memandu digital bila orang Malaysia datang ke Thailand bawa kereta atau motor Malaysia dalam Thailand,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, pegawai polis itu juga berkata, jika mahu lebih selamat, warga Malaysia yang membawa kenderaan ke Thailand boleh mencetak lesen memandu digital mereka di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

“Kalau nak lagi selamat dengan lesen memandu digital, anda diminta untuk cetak di JPS dan bawa ke Thailand. Manatahu polis nak, jadi cetak lebih baik.

“Saya tanya kawan saya di Jabatan Trafik kata, sekurang-kurangnya ada lesen memandu. Kalau pakai lesen Malaysia, tak apa sebab dia ada tulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

“Kalau lesen memandu digital ada di telefon pakai yang itu. Kalau tak ada, pergi cetak di JPJ,” ujarnya.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengucapkan terima kasih kepada pegawai tersebut kerana telah memberikan penjelasan berkenaan lesen memandu Malaysia di Thailand.

Terima kasih pencerahan

image is not available

Terbaik!

image is not available

Terima kasih polis Thailand

image is not available

Terima kasih menjawab persoalan

image is not available

Wah, fasihnya pegawai ni bercakap Melayu!

Sumber: TikTok @dadunayu.thai