Polis Thailand gagalkan cubaan rakyat Malaysia seludup dadah

9 Oct 2026 • 7:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis Thailand gagalkan cubaan rakyat Malaysia seludup dadah

SUNGAI GOLOK (THAILAND): Cubaan seorang rakyat Malaysia menyeludup dadah dari bandar ini ke Kelantan terbongkar apabila dia ditahan polis Thailand bersama bahan terlarang itu malam tadi.

Suspek berusia 30-an itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam dalam pemeriksaan di sebuah hotel di sini, sebelum polis merampas 20 biji pil ekstasi, 760 biji pil psikotropik dan sembilan gram ketamin.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Kelantan dan mendapatkan bekalan daripada sindiket di bandar ini.

Katanya, penahanan itu dilakukan selepas Bahagian Siasatan Narkotik Polis Wilayah 9 menerima maklumat mengenai suspek yang memandu sebuah kereta dipercayai membawa dadah.

“Anggota polis kemudian mengepung dan menahan suspek untuk siasatan lanjut. 

“Suspek mengaku menyembunyikan dadah berkenaan di dalam keretanya,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Jurucakap itu memberitahu, suspek mengaku merancang membawa dadah berkenaan masuk ke Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Kastam dan Imigresen Sungai Golok hari ini.

“Suspek berdepan pertuduhan memiliki dan menjual narkotik Kategori 1 (ekstasi) dan menjual bahan psikotropik Kategori 2 (ketamin, Epam) secara haram.

“Bagi kedua-dua pertuduhan itu suspek boleh dihukum penjara antara setahun dan 15 tahun serta denda RM48,738 hingga RM182,767, jika sabit kesalahan,” ujarnya.-UTUSAN

 

The post Polis Thailand gagalkan cubaan rakyat Malaysia seludup dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved