
Polis Wanita Ditahan ‘Berhibur’ Sambut Tahun Baharu
Seorang anggota polis wanita ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, Wangsa Maju, pada awal pagi Rabu.
Suspek yang berusia 26 tahun itu ditahan dalam operasi khas Ops Hiburan yang dijalankan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, hasil ujian saringan awal mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine, Methamphetamine, Ketamin dan Benzo.
Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek sedang bercuti sebelum melaporkan diri di Kontinjen Johor.
“Kita bawa suspek ke Ibu Pejabat Wangsa Maju untuk untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama dua hari bermula Isnin, namun dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu laporan patologi.
Tambah beliau, kes kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, serta diwajibkan pengawasan tidak kurang dua tahun atau tidak lebih tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Sumber: Astro Awani
The post Polis Wanita Ditahan ‘Berhibur’ Sambut Tahun Baharu appeared first on Siakap Keli.


![“Sambut New Year Cara Baru”-Gelagat Orang Ramai Beriktikaf Di Masjid Undang Sebak [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)