“Politik biarlah matang” – Filem Mat Kilau Diedit Jadi ‘Mat Sakau’, Adi Putra Tak Melenting Siap Repost Lagi

Entertainment
19 Sep 2022 • 3:31 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang ramai sudah maklum, filem pecah panggung Mat Kilau : Kebangkitan Pahlawan kini boleh ditonton di laman penstriman Netflix.

Filem yang mengutip hampir RM 100 juta ketika ditayangkan di pawagam itu mendapat respon yang baik daripada orang ramai, tetapi lain pula ceritanya apabila filem tersebut ditayangkan di Netflix.

Sejak ia ditayangkan di laman penstriman itu pada 16 September lepas, ramai yang menjadi pengkritik filem dan memberikan komen terhadap filem yang bertemakan sejarah tempatan tersebut.

Malah, disebabkan itu aktivis serta pereka grafik Fahmi Reza mengeluarkan sebuah artwork yang memparodikan filem berkenaan dan menukarnya kepada ‘Mat Sakau’ dengan menggunakan pelakon filem itu iaitu Dato Adi Putra dan mantan Perdana Menteri, Najib Razak.

Pun begitu, pelakon Mat Kilau itu tidak melatah malah dia memuat naik semula video tersebut di laman Instagram miliknya.

 

“Politik biarlah matang @kuasasiswa apa pun Terima kasih promosi gambar saya dan filem Asal. Allah adalah kekuatan kita, utk mencari kekuatan, carilah Allah. Itulah perbezaan antara Akal dan Nafsu.

AL Fateha buat Almarhum Mat Kilau bin Imam Rasu Takbir!” Tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Haa, harap tak bergaduhlah ye…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.