Politik boleh tunggu, sekarang masa bekerja untuk rakyat – Tze Tzin

LocalPolitics
5 Sep 2026 • 6:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Politik boleh tunggu, sekarang masa bekerja untuk rakyat – Tze Tzin

GEORGE TOWN : Kerajaan tidak perlu tergesa-gesa untuk ‘membuka gelanggang’ pilihan raya, sebaliknya, perlu menggunakan masa yang masih berbaki sebelum penggal pentadbiran tamat untuk terus menyelesaikan segala masalah rakyat.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Tze Tzin berkata, ketika ini, masih ada kira-kira satu setengah tahun sebelum mandat lima tahun berakhir sekali gus tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya lebih awal.

“Mengapa perlu tergesa-gesa (untuk adakan pilihan raya)? Kita ada masa yang cukup. Politik boleh ditunggu, masanya akan tiba. Sekarang masa untuk bekerja dan meletakkan kebajikan rakyat di tempat pertama,” katanya selepas merasmikan program Madani Kita di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Nibong di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Bayan Baru berkata demikian ketika mengulas saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu supaya pilihan raya umum (PRU) diadakan lebih awal bagi mengembalikan mandat kepada rakyat.

Menurut Tze Tzin, kerajaan kini berdepan pelbagai tekanan termasuk kesan daripada perang Russia-Ukraine, konflik Iran-Amerika Syarikat (AS) serta perang perdagangan antara AS dan China yang masih belum selesai sekali gus menuntut mereka untuk memberi keutamaan kepada usaha memastikan keperluan rakyat terus terbela.

“Rakyat mahu harga minyak dikawal, kos sara hidup dikawal dan pada masa yang sama, mereka (rakyat) juga masih memerlukan peluang pekerjaan serta sokongan kepada perniagaan. Jadi, kita (kerajaan) perlu fokus kepada kerja dan penyampaian bantuan kepada rakyat,” katanya.

Oleh itu, beliau berkata, mandat lima tahun yang diberikan rakyat kepada kerajaan perlu digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan tanggungjawab dan memenuhi janji kepada rakyat.

“Rakyat memberikan mandat selama lima tahun supaya wakil rakyat dan kerajaan fokus kepada penyampaian. Kita mahu habiskan tempoh itu dengan bekerja untuk rakyat. Ada masa untuk bekerja, bukan masa untuk berpolitik,” ujar beliau.-UTUSAN

 

The post Politik boleh tunggu, sekarang masa bekerja untuk rakyat – Tze Tzin appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved