
Kota Kinabalu: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee menyifatkan landskap politik semasa semakin menunjukkan pertembungan jelas antara parti tempatan dan parti dari Semenanjung Malaysia.
“Dalam konteks gambaran besar, politik Sabah kini sedang bergerak ke arah pertembungan antara parti lokal dan parti Malaya. Dan kami di SAPP yang telah lama berjuang sebagai parti tempatan,” katanya.
Menurutnya, pengalaman puluhan tahun SAPP sebagai parti tempatan memberi kelebihan dari segi pemahaman isu-isu setempat dan sokongan akar umbi yang semakin meningkat.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan SAPP Zon Sandakan Jawatankuasa Perhubungan Bahagian Pilihan Raya (CLC) Tanjung Papat dan Elopura di sini, Ahad.
Menyentuh isu kerusi pada pilihan raya negeri akan datang, Yong berkata pihaknya masih lagi dalam rundingan bersama Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Bagaimanapun, beliau yakin SAPP akan meletakkan sekurang-kurang seorang calon di Zon Sandakan.
“Saya yakin di bawah GRS, SAPP akan meletakkan satu atau dua calon untuk Zon Sandakan.
“Kita akan berusaha semaksimum mungkin dan pada masa sama kita juga akan membantu calon-calon GRS lain yang bertanding di mana-mana kawasan di seluruh Sabah,” katanya.
