Politik UK & Spekulasi Fed Tekan GBP/USD Bawah Paras 1.3250

WorldBusiness & Finance
1 Jul 2026 • 9:22 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Politik UK & Spekulasi Fed Tekan GBP/USD Bawah Paras 1.3250

Mata wang Pound Sterling (GBP) nampaknya bermula langkah kiri pada sesi Asia pagi Rabu ini. Pasangan mata wang GBP/USD dilihat menyusut ke sekitar paras 1.3245 ekoran gandingan isu politik di UK dan unjuran kadar faedah AS yang semakin hawkish.

Malam ini, para trader Pound akan menumpukan perhatian kepada ucapan Gabenor Bank of England (BoE), Andrew Bailey, manakala esok (Khamis), tumpuan penuh beralih kepada data pasaran buruh AS (ADP & NFP).

Berikut adalah punca utama mengapa Pound Sterling sedang berdepan tekanan jualan:

1. Drama Politik UK: Menanti Langkah Andy Burnham

Suhu politik di UK kembali panas selepas Keir Starmer tunduk kepada tekanan politik dan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua Parti Buruh minggu lalu.

  • Calon PM Baharu: Jika tiada calon lain yang berani tampil mencabar, Andy Burnham dijangka rasmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu UK seawal 17 Julai ini.
  • Fokus Pasaran: Burnham pada Isnin lalu berikrar mahu melakukan perubahan radikal dalam sistem politik UK dengan memberi lebih kuasa kepada wilayah luar dan memacu pertumbuhan ekonomi 10 tahun.
  • Apa Sentimennya?: Trader sekarang tengah bagi tumpuan penuh melihat siapa yang bakal dilantik oleh Burnham sebagai Menteri Kewangan yang baharu. Pemilihan ini sangat kritikal kerana ia akan menentukan hala tuju mata wang Pound dan pasaran bon (gilt market) UK.

2. BoE Dijangka ‘Gantung’ Kadar Faedah

Pelabur kini mula menilai semula (repricing) unjuran kadar faedah di UK. Mengikut tinjauan, rata-rata pakar ekonomi menjangkakan BoE akan mengekalkan kadar faedah penanda aras pada paras 3.75% sehingga akhir tahun ini. Ketiadaan pemacu untuk kenaikan rate lanjut di UK membuatkan Pound kurang daya tarikan berbanding Dolar AS.

3. Trader Bertaruh Fed Naik ‘Rate’ 3 Kali!

Berbeza dengan situasi di UK, Dolar AS (USD) mendapat tonik kuat apabila pasaran kini meletakkan jangkaan (pricing in) bahawa The Fed mungkin akan menaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya tiga kali lagi tahun ini!

Mengikut data terbaharu daripada CME FedWatch Tool, pasaran kini melihat ada 64% kebarangkalian bahawa Fed akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat bulan September nanti. Bagi mendapatkan petunjuk lebih jelas sama ada Fed akan terus agresif atau tidak, para trader kini sedang menunggu pengumuman data pekerjaan ADP (malam ini) dan data kemuncak Non-Farm Payrolls (NFP) pada malam esok.


Kesimpulan untuk Trader: Gandingan ketidaktentuan politik di London dan momentum USD yang sedang perkasa membuatkan kedudukan pair GBP/USD agak berisiko untuk jatuh lebih dalam sekiranya paras sokongan semasa bocor. Pastikan korang urus risiko kedudukan dengan bijak menjelang pengumuman data AS malam ini dan esok.

Korang rasa Pound boleh buat U-turn balik tak lepas ucapan Andrew Bailey malam ni?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved