Populariti Melonjak Naik, 500 Ribu Orang Tunggu Untuk Beli Tiket Fan Meeting Kim Jiwon

Music
23 May 2024 • 4:03 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun dah lebih 10 tahun debut sebagai pelakon, Kim Ji-won akhirnya bakal mengadakan acara perjumpaan bersama peminatnya.

Baru-baru ini, Kim Ji-won telah mengumumkan acara perjumpaaan peminatnya ‘2024 KIM JIWON 1ST FANMEETING <BE MY ONE>’, yang akan diadakan selama 2 hari di Seoul.

Selepas jualan tiket dibuka kepada orang ramai, lebih 500,000 pengguna cuba untuk mendapatkan tiket walaupun kapasiti tempat duduk hanya terhad untuk 800 orang termasuk untuk hari pertama dan kedua.

Tidak mengejutkan, tiket untuk kedua-dua hari fan meeting itu telah habis dijual hanya dalam masa kurang daripada 1 jam.

Bagaimanapun, masih ada ramai peminat yang sedih kerana tidak berpeluang untuk mendapatkan tiket tersebut dan berharap Kim Ji-won akan melakukannya di tempat yang lebih luas selepas ini dan di pelbagai negara.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.