Porsche Design terlibat menghasilkan telefon pintar, peralatan audio, cermin mata dan jam. Produk mereka dijual pada harga mercu yang menyasarkan golongan berpendapatan tinggi. Baru-baru ini mereka telah melancarkan pula 911 Soundbar 2.0 Pro yang merupakan speaker yang dihasilkan menggunakan ekzos kereta.

Ekzos kereta Porsche 911 diubahsuai menjadi sebuah speaker 2.1.2 Virtual Surround Sound dengan output kuasa 300 watt serta Dolby Atmos DTS-HD. Selain sambungan secara HDMI, speaker juga menyokong ekosistem Air Play 2 dan Google Chromecast untuk menghantar audio dari peranti pintar.
Hanya 500 unit Porsche Design 911 Soundbar 2.0 Pro akan dihasilkan setiap satu dijual pada harga $12,000 (~RM57,000).



![[VIDEO] Polis Singapura Nafi Dakwaan Nelayan Malaysia Dihalau Semasa Menjaring](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
