Porsche tinggal rangka terbakar di LPT1

LocalCars
11 Sep 2026 • 4:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Porsche tinggal rangka terbakar di LPT1

TEMERLOH – Sebuah kereta jenis Porsche hanya tinggal rangka selepas terbakar dalam kejadian di susur keluar ke Plaza Tol Lanchang, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahudin Isa berkata, kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemalangan jiwa.

“Kejadian melibatkan kereta Porsche dengan peratusan kebakaran 100 peratus. Ia tidak melibatkan mangsa yang mana pemandu kereta berusia 36 tahun selamat,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 1.42 tengah hari melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos salur air tangki jentera.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.08 petang dan tamat pada pukul 2.28 petang. – KOSMO! ONLINE

The post Porsche tinggal rangka terbakar di LPT1 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved