Port Baru Nasi Campur, Kafe Parimpan Metrocity Tawar Makan Sepuasnya Serendah RM 10 Seorang

24 Jan 2023 • 1:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Buffet makan tengah hari ‘mesra poket’

Port Baru Nasi Campur, Kafe Parimpan Metrocity Tawar Makan Sepuasnya Serendah RM 10 Seorang. Untuk anda yang menginginkan makan tengah hari dengan hidangan pelbagai menu masakan Melayu di sinilah tempatnya!

Berbekalkan hanya RM 10 sahaja anda boleh menikmati makan tengah hari anda sepuasnya di sini. Kepada penggemar lauk-lauk kampung bolehlah singgah ke sini.

image is not available
Port Baru Nasi Campur, Kafe Parimpan Metrocity Tawar Makan Sepuasnya Serendah RM 10 Seorang. Kredit: Nourin Nor

Menariknya di sini, anda dibenarkan untuk menambah lauk anda berkali-kali sehingga puas sesuai dengan taglinenya ‘makan sampai kenyang’. Pelanggan juga tidak akan dikenakan sebarang cas tambahan.

Hidang lebih 10 jenis lauk setiap hari

Lauk-pauk yang dihidangkan juga bertukar setiap hari. Barulah pelanggan tak bosan.

image is not available

Difahamkan, lebih 10 jenis lauk dihidangkan setiap hari. Daripada makanan laut, daging, ayam dan ulam-ulaman semuanya ada di sini.

Pelanggan juga dihidangkan ‘free flow’ air sirap dan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Menarik bukan?

image is not available

Waktu operasi

Untuk anda yang ingin menikmati makan tengahari di sini bolehlah ke Kafe Parimpan yang terletak di Metrocity ini.

Masa operasi: 12 tengah hari hingga 2:30 petang

Hari operasi: Isnin hingga jumaat

Lagi tempat makan menarik sekitar Kuching: