Port Makan Baru Di Saradise, Hainan Story Saji Menu Masakan Hainan Authentic Di Kuching

17 Jan 2023 • 2:57 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Port makan baru di Kuching!

Port Makan Baru Di Saradise, Hainan Story Saji Menu Masakan Hainan Authentic Di Kuching. Sesuai dengan gelarannya iaitu Bandaraya Gastronomi, Kuching kini mempunyai banyak port makan baharu yang menarik buat orang ramai.

Jika anda ingin mencari port makan unik dan lain dari yang lain, apa kata anda cuba restoran Hainan Story yang baru sahaja beroperasi di Saradise ini.

image is not available
Port Makan Baru Di Saradise, Hainan Story Saji Menu Masakan Hainan Authentic Di Kuching. Kredit foto: Tzeyung Toh

image is not available
Kredit foto: Tzeyung Toh

Menu masakan Hainan asli

Menyediakan menu masakan Hainan yang asli, restoran ini tidak menggunakan babi atau bahan berasaskan babi membawa maksud NO PORK NO LARD di sini!

Antara menu yang anda mesti cuba di sini semestinya Hainan Chicken Rice mereka, Hainan Mix Chicken with Curry, Hainan Story Laksa, Signature Nasi Lemak, Lava Egg Butter Kaya, Hainan Steamed Bread dan banyak lagi menu lain.

image is not available
Kredit foto: Tzeyung Toh

image is not available
Kredit foto: Tzeyung Toh

Suasana restoran yang selesa

Beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 petang setiap hari kecuali Selasa, Hainan Story menawarkan suasana makan yang selesa buat para pelanggan yang datang di sini.

Buat anda di luar sana yang ingin menikmati menu masakan Hainan asli dan sedap di Kuching, anda perlu singgah di Hainan Story ini!

Lagi port makan menarik di Saradise untuk anda cuba di sini: