Port Breakfast Halal Di Bau, Nikmati Laksa Sarawak Chicken Skin Di Lala Laksa Gold

7 Mar 2023 • 8:50 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Laksa Sarawak padu di Bau untuk anda cuba.

Port Breakfast Halal Di Bau, Nikmati Laksa Sarawak Chicken Skin Di Lala Laksa Gold. Bau di Sarawak merupakan salah satu daerah yang kaya dengan keindahan alam semulajadinya dan menjadi salah satu destinasi pelancongan menarik di sini.

Walaupun Bau merupakan Bandar yang terkenal dengan destinasi-destinasi pelancongan yang menarik seperti Tasik Biru, Wind Cave, Fairy Cave, Paku Rock Maze namun di sini agak sukar untuk mencari port makan yang halal.

image is not available
Port Breakfast Halal Di Bau, Nikmati Laksa Sarawak Chicken Skin Di Lala Laksa Gold. Sumber foto: FB Lala Laksa Gold

image is not available
Sumber foto: FB Lala Laksa Gold

Port makan Halal di Bau

Setelah anda puas dan penat melakukan aktiviti lasak atau mengembara di Bandar indah ini, semestinya anda ingin mencari tempat makan yang enak kan?

Untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi dengan anda satu tempat makan best di Bau yang menyajikan menu ikonik di Bumi Kenyalang ini iaitu Laksa Sarawak.

Terletak di Cafe 98 Bau, Lala Laksa Gold ini bukan sekadar menghidangkan menu laksa Sarawak biasa, Laksa di sini dihidangkan dengan topping menarik iaitu Kulit Ayam Goreng, Chicken Feet dan juga Telur Padi.

image is not available
Sumber foto: FB Lala Laksa Gold

image is not available
Sumber foto: FB Lala Laksa Gold

Laksa Sarawak istimewa

Laksa Sarawak di sini dihidangkan bersama udang yang segar, hirisan ayam rebus, hirisan telur dadar dan anda boleh memeriahkan lagi laksa anda dengan menambah Fried Chicken Skin, Chicken Feet atau Telur Padi.

Selain Laksa, mereka juga ada menyediakan menu sarapan pagi iaitu bubur ayam yang dihidangkan bersama Ikan Bilis, Telur Masin, Telur Padi dan Ayam Cincang.

Tunggu apa lagi, jom makan laksa Sarawak padu di Lala Laksa Gold yang terletak di Cafe 98 di Bau ini.

  • Lokasi: Cafe 98, Bau
  • Waktu beroperasi: Setiap hari dari jam 7 Pagi hingga 12 Tengah Hari

Lagi port makan menarik di Bau untuk anda di sini: